PAGES

Sunday, September 20

Kerjaya dalam Bidang Perakaunan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Bidang perakaunan dipercayai merupakan profesion kedua tertua di dunia. Semua organisasi memerlukan akauntan bertauliah untuk menyediakan akaun syarikat mereka. Tugas akauntan adalah menyediakan data yang diperlukan untuk menilai aktiviti ekonomi masa kini serta masa depan individu, perniagaan, organisasi dan badan-badan kerajaan. Selain menyediakan penyata kewangan dan merekodkan urusniaga perniagaan, mereka juga ditugaskan untuk mengira kos dan keuntungan serta mengambil bahagian dalam memantau prestasi kewangan, strategi, cukai dan pengurusan pekerja.

Bidang Utama Kerjaya Perakaunan

  1. Audit - Merupakan teras kerja perakaunan. Kerjaya ini melibatkan tugas memeriksa lejar perakaunan dan penyata kewangan dalam perniagaan, organisasi dan sebagainya.
  2. Analisis Bajet - Bertugas untuk membangun dan menguruskan pelan kewangan sesebuah organisasi. Kerjaya ini memerlukan kemahiran kuantitatif yang baik kerana ia melibatkan tugas rundingan.
  3. Kewangan - Akauntan kewangan akan merujuk maklumat dari lejar am untuk menyediakan penyata kewangan. Mereka juga mengambil bahagian dalam membuat keputusan penting yang melibatkan status kewangan sesebuah perniagaan dan juga yang melibatkan penggabungan dan pengambilalihan, manfaat pekerja, perancangan serta kewangan jangka panjang.
  4. Pengurusan Perakaunan - Menyumbang kepada keputusan mengenai belanjawan modal dan analisis perniagaan. Tugas utama kerjaya ini termasuklan menyediakan analisis kos, analisis kontrak dan usaha untuk mengawal perbelanjaan. Sebagai penyumbang utama kepada keputusan perniagaan, bekerja bersama-sama pengurus pemasaran dan kewangan untuk mengembangkan perniagaan.
  5. Cukai - Menyediakan penyata cukai pendapatan untuk sektor korporat dan peribadi. Mereka juga menyediakan strategi untuk mengurangkan cukai. Kerjaya ini memerlukan pemahaman yang menyeluruh mengenai ekonomi dan kod cukai.


Kebanyakkan orang berfikir bahawa sekiranya mengambil jurusan perakaunan semestinya akan menjadi seorang akauntan suau hari nanti. Memang benar sekiranya mendapat segulung ijazah dalam bidang perakaunan, anda boleh menjadi seorang akauntan umum memandangkan ia merupakan satu daripada banyak pilihan yang ada. Sebenarnya, terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang perakaunan yang boleh diceburi selain menjadi seorang akauntan.

Antara bidang lain yang boleh diceburi dalam kerjaya perakaunan.

Financial (Kewangan)
Preparation Finance Statement
Analysis Finance
Auditing
Regulatory
Consulting
Planning
Criminal Investigation

Managerial (Pengurusan)
General Accounting
Cost Accounting
Budgeting
Internal Auditing
Consulting
Controller
Treasurer

Taxation (Cukai)
Preparation Planning
Regulatory
Investigations
Consulting
Enforcement
Legal Services
Estate Plans

Accounting-Related
Lenders
Consultants
Analysis Traders
Directors
Underwriters
Planners
Appraisers
FBI Investigators
Market Researches
System Designers
Merger Service
Business Valuation
Forensic Accounting
Litigation Support
Entrepreneurs


" Sebagai seorang pelajar jurusan perakaunan, kita bukan sahaja diajar tentang akaun semata-mata tetapi juga diajar ilmu ekonomi, perniagaan, matematik dan juga agama. Jadi, selain menjadi seorang akauntan, kita juga boleh menjadi macam-macam. "

39 comments:

  1. Saya pelajar stpm 2016. saya budak sains tulen waktu spm. stpm saya ambil subjek PA, pengajian perniagaan, GEO dan EKONOMI. saya langsung tada asas perakaunan. tapi sya sangat berminat untuk ambil ijazah perakaunan. adakah saya perlu ambil ijazah lain? adakah setelah menyambung ijazah perakaunan, asas perakaunan diajar? tamabahan lagi, berapakah cgpa yang layak smbng ijazah perakaunan? adakah cgpa 3.33 layak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. Biasa nya, kita akan start dr asas dulu. Kalau mcm di universiti sy, kami ada sbjek perakaunan awalan pd sem 1. Di mana kita belajar basic dkt sini. Tp kebiasaan nya lect akan laju mengajar sbb kebanyakkan dr kami dh ada basic accounting. Memandangkan awak xde basic accounting, awak boleh belajar dgn kwn2. Kes awak ni mcm senior sy. Dia xde basic accounting dan alhamdulillah masih survive sampai skrg without fail any sbjek. Apa yg penting niat dan keazaman awak.

      Utk yg cgpa tu, each universiti syarat kelayakan lain2. Jd, awak boleh search dkt google syarat kelayakan degree account utk universiti yg awak nk. Biasa nya, kelayakan minimum utk stpm dpt paling2 C dlm pengajian am dan 2sbjek lain. Utk MUET sy xpasti, rasa mcm sekurang2 nya band 1. Kalau cgpa 3.33 tu In syaa Allah lepas.

      Goodluck utk sambung degree. In syaa Allah dpt masuk degree accounting. 😊😊

      Delete
    2. Terima kasih. Sangat membantu. :)

      Delete
  2. Salam, tumpang tanya. Perkaunan di dalam bidang apa ye? sastera, perniagaan or apa ye? harap tolong. terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, kalau saya amik diploma perbankan ataupun diploma sistem maklumat perkaunan. adakah saya boleh amik ijazah perakaunan untk menjadi akauntan? adakah laluan ini betul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Yes. Betul. Boleh ambil degree in accounting.

      Delete
  4. Salam..saya dulu amik diploma pengurusan hotel & katering..bole ke saya nk sambung degree in accounting?

    ReplyDelete
  5. Waalaikumussalam. Boleh je. Tp kalau xde basic, kena struggle sikit la awal2 tu.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,sis.. apa ya peluang pekerjaan untuk diploma perakaunan???

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum cik fatin najwa. saya putera zariq berasal daripada kuala lumpur dan inshaallah saya akan sambung pengajian diploma perakaunan. saya ada beberapa soalan untuk cik fatin najwa. Jika cik fatin najwa ada kelapangan masa, boleh saya dapatkan email cik fatin najwa ? Ini email saya, puterazariq99@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh je. najwazman277@gmail.com . In syaa Allah sy bantu apa yg sy boleh bantu.

      Delete
  8. saya mmg minat sgt dlm bidang akaun and this is my spm year.. saya dlm kelas akaun, but sometimes i find it struggle dgn akaun ni, tapi still lagi berminat nk tahu pasal akaun ni smpai my parents said that masa u nnti amik course lain sbb course akaun ni mcm tough.. but i don’t want to.. saya mmg kalau boleh nk amik bidang akaun kt u.. akaun ni sebenarnya tk susah sgt kan bila masuk u nnti? do u think i shld listen to my parents cuz they said that they don’t want me to be so stress nnti but i think that ada je course yg lagi tough dari akaun.. or shld i just pegi course akaun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye..

      Akaun ni takde la susah mana bila dkt u sebab u dh ada basic in account. In u, kita akan belajar lg mendalam dr apa yg kita belajar dkt sekolah. Utk first year, mostly recall semula apa yg kita belajar dkt sekolah. After that, baru belajar perkara2 baru.

      I think u should go on je ambil akaun. Sebab kalau u ambil course yg u tak minat, takut u cannot survive with it.
      We'll feel excited when we do something that we love.

      Apa2 pun, good luck for your future. 💪🏻

      Delete
  9. cantik blog... secantik isinya thank you.. u give me a lot of strength toward accounting :)

    ReplyDelete
  10. kak saya dpt kpm bandar penawar diploma akaun saya nak tanya bgus diploma or matrikulasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf dik. Dah berkurun tp akak still try to respond. Akak lepasan matrik tp bg akak which one yg bagus ni depends on individual itu sendiri. Dalam dip, u have a lot of times sbb dia 3 tahun kan tp kalau matrik, u kena struggle a bit la sebab jangka masa pendek. Best nya dip ni, incase u taknak sambung deg, u boleh terus kerja but no in matrik. Tapi kalau u nak sambung deg, jangka masa sama je kalau u ambil dip atau matrik. Apa-apa pun depends on yourself. Macam mana u bawa diri u. Good luck !

      Delete
  11. Hi sekadar bertanya....kalau nak ambik forensic accounting perlukan aliran sains ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. I don't think so, sebab forensic accounting ni bukan macam forensic CIA semua tu. Kita main dengan akaun je

      Delete
  12. Salam.
    Saya lepasan spm 2017. Dulu masa spm saya ambik subjek acc dan sekarang pun mungkin saya akan sambung dalam bidang akaun jugak di kptm. Cuma nak tanya, acc in english sangat susah ataupun biasanya dan perlukan kerajinan? Ty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. For me, biasa je sbb dia guna basic and normal english je except for the terms la. Kerajinan tu mesti kena ada walau apapun awak buat. Semoga berjaya !

      Delete
  13. saya nak tanya, adakah benar, kbnyakkan pelajar diploma in accounting susah utk mendapat kan peluang pekerjaan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya ianya tidak benar. Sebab mostly kawan-kawan sy yg hanya ada dip in acc dapat je kerja yg setaraf dengan kelulusan. Yang penting tak putus asa untuk cari kerja tu.

      Delete
  14. Assalam sis,boleh ke saya amik dip akaun sedangkn sy aliran ekonomi & perniagaan lgpun tahun ni spm. Sbb sy terfikir adakah dip acc hanya utk pelajar yg ambik acc sahaja? Sy mmg minat kpd acc & eko 😊 hrp sis bantu sy 🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Boleh je as long as awak lepas semua basic criteria untuk ambil course tu. Tp mostly yg ambil acc ni mmg dr bidang eko, buss, acc. Ada je yg ambil dip or even deg in acc tp takde basic in acc langsung. So, don't limit yourself okay.

      Delete
  15. Bole x saya nak keterangan mengenai forensic accounting

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Sorry. But I don't have much knowledge in this course because I'm not majoring in forensic acc. Sy cuma belajar a bit about it in deg. I think you should find someone else or just googling it and search a bit more about this course. Hope it'll help you. :)

      Delete
  16. Salam..klau student yg xde basic agak2 terok dak nk struggle..saya amik sains tulen dlm spm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. It's depends on individual tu sendiri. Kalau awak rajin, fokus dalam kelas tak perlu struggle teruk. Sy ada kawan yg sambung aliran akaun di matrik tanpa basic means spm dia tak ambil akaun langsung. But she survived with excellent result in matrik.

      Delete
  17. Hye sis , sy berminat utk ambil akaun tp bila sy amik akaun ni boleh ke saya kerja di bank after habis dip in accounting ni

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum Kak Najwa...saya perlajar spm kelas sains...tpi dh mula tertarik sikit dlm subjek akaun...saya fikir nnti stpm nk ambil bdng perakaunan dn nk ambil tuisyen akaun for the whole year...akak rasa keputusan saya ni okey tak?stpm bru nk bljar basic semua...

    ReplyDelete
  19. Beza ka kos ekonomi dengan kos perakaunan

    ReplyDelete
  20. Hii sy skrng brada d f6 ambil eko,perniagaan,p.Am ,geo, but dlm msa yg sma sy ad offer utk dipl akauntansi so utk ke degree bidang acc yg mn lg slmat?

    ReplyDelete
  21. Hi..saya aliran sains dan saya tak ade basic of accounting in spm dan juga stpm... saya dapat A in spm maths.. tapi D in stpm add maths.. I really interested to pursue my study in accounting .. is it possible??

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  22. Hi.. Saya sekarang berada di form 6..ambil subject perniagaan.. Selepas habis belajar boleh ke ambil degree accounting??

    ReplyDelete