PAGES

Friday, September 18

Perakaunan Kewangan VS Perakaunan Pengurusan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Seperti kita sedia maklum, perakaunan terbahagi kepada dua cabang asas iaitu Perakaunan Kewangan dan Perakaunan Pengurusan. Semestinya dua cabang ini mempunyai perbezaan yang tersendiri yang merangkumi daripada 6 aspek utama iaitu pengguna maklumat, penekanan terhadap masa, relevan dalam sesuatu data, ketepatan data dengan ketepatan masa laporan, sebuah organisasi atau sesuatu bahagian / unit dan juga keperluan peraturan dan undang-undang. Oleh itu, mari kita ungkap bersama-sama perbezaan antara kedua-dua cabang ini.



PERAKAUNAN KEWANGAN

i) Pengguna maklumat - Laporan kewangan disediakan kepada pihak luaran seperti pelabur, pelanggan, pembekal, institut kewangan dan agensi kerajaan.

ii) Penekanan terhadap masa - Meringkaskan urusniaga atau transaksi yang lepas.

iii) Relevan dalam sesutu data - Data-data yang dipersembahkan perlulah objektif dan boleh disahkan.

iv) Ketepatan data dengan ketepatan masa laporan - Memberi tumpuan kepada ketepatan dan kebolehbuktian apabila melaporkan kepada pihak luar.

v) Sebuah organisasi atau sesuatu bahagian / unit - Berkenaan dengan pelaporan bagi syarikat secara keseluruhannya. 

vi) Keperluan peraturan dan undang-undang - Perlu mematuhi dan terikat dengan GAAP (Generally Accepted Accounting Principles).




PERAKAUNAN PENGURUSAN

i) Pengguna maklumat - Laporan kewangan disediakan kepada pihak dalaman seperti pihak pengurusan dan kakitangan. Ini bertujuan bagi merancang, menyusun, memimpin dan mengawal operasi.

ii) Penekanan terhadap masa - Mempunyai orientasi masa depan yang kukuh.

iii) Relevan dalam sesutu data - Memberi tumpuan kepada penyediaan data yang relevan walaupun ianya tidak benar-benar objektif dan disahkan. 

iv) Ketepatan data dengan ketepatan masa laporan - Selaku pemuat keputusan yang membantu dengan memberikan anggaran yang baik secepat ungkin dan bukannya menunggu untuk data yang tepat.

v) Sebuah organisasi atau sesuatu bahagian / unit - Lebih tertumpu kepada segmen syarikat seperti barisan produk, wilayah jualan, bahagian, jabatan dan lain-lain.

vi) Keperluan peraturan dan undang-undang - Tidak mematuhi dan terikat dengan GAAP (Generally Accepted Accounting Principles).

No comments:

Post a Comment