PAGES

Saturday, September 19

Badan Perakaunan Profesional di Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (Malaysian Accounting Standards Board - MASB)

  1. Ditubuhkan di bawah Akta Laporan Kewangan 1977.
  2. Mempunyai kuasa tersendiri untuk memaju dan menerbitkan piawaian perakaunan dan laporan kewangan di Malaysia.
  3. Fungsi dan piawaian :
    • Menerbit piawaian perakaunan Malaysia.
    • Menyemak dan membaiki piawaian perakaunan sedia ada.
    • Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan.
    • Melaksanakan tugas sebagai penasihat awam.

Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (Malaysian Institute of Certified Publics Accountants - MICPA)

  1. Ditubuhkan pada tahun 1956 di bawah Akta Syarikat 1965.
  2. Bertujuan untuk memajukan profesion di Malaysia dengan memberi latihan.
  3. Untuk menjadi ahli :
    • Lulus semua bahagian peperiksaan yang dikendalikan.
    • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 3 tahun.

Institut Akauntan Malaysia (Malaysia Institute of Malaysia - MIA)

  1. Ditubuhkan pada tahun 1969 di bawah Akta Akauntan 1967.
  2. Bertujuan untuk memperkembangkan profesion di Malaysia dan bertindak sebagai pendaftar akauntan.
  3. Ahli-ahli MIA digelar Akauntan Awam (PA), Akauntan Berdaftar (RA) dan Akauntan Berlesen (LA).

Chartered Institute Management Accountant (CIMA)

  1. Ditubuhkan dengan nama Institute of Cost and Works Accountants (ICWA) pada tahun 1919.
  2. Menukar nama daripada ICWA kepada CIMA pada tahun 1972.
  3. Merupakan badan profesional yang mendapat peniktirafan dari Negara-Negara Komanwel.
  4. Tujuan penubuhan adalah untuk melahirkan akauntan profesional yang mahir mengurus dan mentadbir perniagaan serta menangani perubahan-perubahan yang berlaku dalam perniagaan dengan baik.

The Associations of Charted Certified Accountants (ACCA)

  1. Ditubuhkan dengan nama London Associations of Accountants (LAA) pada tahun 1904.
  2. Menukar nama daripada LAA kepada Chartered Associations of Certified Accountants (CACA) pada tahun 1984.
  3. Pada tahun 1996, nama badan perakaunan ini ditukarkan kepada ACCA.
  4. Tujuan penubuhan :
    • Menyokong ahli-ahli di sepanjang karier perakaunan mereka.
    • Memberi pendedahan tentang peraturan serta undang-undang bekaitan dengan amalan perakaunan, kod amalan perakaunan dan etika profesion perakaunan.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    MIA Malaysia institute of Accountant

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    MIA Malaysia institute of Accountant

    ReplyDelete