Sombong adalah penyakit yang sering dihadapi kita semua,
Benih-benihnya kerap muncul tanpa kita sedari.
Pada peringkat pertama,
Sombong disebabkan oleh faktor kebendaan.
Kadang-kala kita berasa lebih kaya, lebih rupawan dan lebih terhormat daripada orang lain.
Pada peringkat kedua,
Sombong disebabkan oleh faktor pengetahuan.
Kadang-kala kita berasa lebih pintar, lebih bersaing dan lebih berwawasan jika dibandingkan dengan orang lain.
Pada peringkat ketiga,
Sombong disebabkan oleh faktor kebaikan.
Kadang-kala kita menganggap diri ini lebih bermoral, lebih pemurah dan lebih tulus berbanding orang lain.
Yang menariknya,
Semakin tinggi tingkat kesombongan dalam diri,
Semakin sukar untuk kita mengesannya.
Sombong kerana kebendaan sangat mudah untuk dilihat,
Tetapi sombong kerana pengetahuan dan kebaikan sukar untuk dilihat.
Ini kerana ianya hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin kita.
Cuba setiap hari kita memeriksa batin kita, fikiran kita.
Kita ini hanyalah dianggap seperti debu.
Yang suatu saat akan hilang dan lenyap.
" Kesombongan hanya akan membawa kita pada kejatuhan yang dalam. Mari berlatih untuk menghindari segala bentuk kesombongan. "
cc : iphincow.com
No comments:
Post a Comment