Thursday, September 17

Sejarah Perakaunan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Rekod perakaunan yang paling awal adalah catatan pembayaran upah yang didapati di Babylonia pada tahun 3,500 Sebelum Masihi (S.M). Pada peringkat awal ini, catatan dibuat pada kepingan tanah liat. Kemudiannya menjadi lebih maju setelah wujudnya papyrus (kertas) dan calamus (pen) di Mesir pada tahun 400 S.M. Sistem kewangan bermula pada abad ke-5 dan ke-6 S.M di mana wang digunakan sebagai alat perantaraan bagi penilaian dan pertukaran. Ini terhasilnya rekod perakaunan menggunakan nilai wang sebagai ukuran.

Kemudian, Sistem Angka Hindu-Arab yang dicipta oleh orang India digunakan pada tahun 850 S.M. Sistem catatan bergu bermula apabila perdagangan semakin pesat di Itali pada tahun 1,200 sehingga 1,500 S.M. Sistem ini telah dicipta oleh LUCA PACIOLI yang bertujuan untuk menyimpan rekod yang lengkap dan sistematik. Beliau dianggap sebagai 'Bapa Perakaunan' kerana buku karyanya merupakan terbitan perakaunan yang pertama dicetak. Asas perakaunan yang dibentuk beliau juga telah diamalkan sehingga kini.

LUCA PACIOLI

Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-17 dan ke-18 telah memperkembangkan lagi sistem perakaunan yang dicipta oleh Luca Pacioli. Melalui revolusi ini, pengenalan kepada perakaunan kos telah terjadi. Pada akhir abad ke-19 dan ke-20, bidang perakaunan ini telah mencapai tahap tertinggi di mnana ianya telah diiktiraf di peringkat profesional.

Pada tahun 1973 pula, Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards Committee - IASC) telah ditubuhkan oleh badan perakaunan dunia di Sydney. Tujuan penubuhan ini adalah untuk menggalakkan penggunaan piawaian asas dalam perakaunan. Setelah tertubuhnya IASC, terbitnya Piawaian Perakaunan Antarabangsa (International Accounting Standards - IAS). Ini adalah bagi memastikan bahawa akaun-akaun dan penyata kewangan disediakan mengikut piawaian asas serta mengawal profesion perakaunan.



No comments:

Post a Comment