Tuesday, September 22

Soal Jawab Bidang Perakaunan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Setelah dikaji dan dianalisis, berikut merupakan beberapa persoalan dan jawapan yang sering diajukan oleh pelajar mengenai bidang perakaunan. Persoalan dan jawapan ini mungkin berguna untuk mereka yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perakaunan ini.


Apakah prospek kerjaya lulusan perakaunan?
Perakaunan merupakan bidang kerjaya yang penting serta diperlukan oleh kebanyakkan institusi. Ini kerana semua institusi mempunyai keperluan berkaitan pengurusan yang melibatkan pengendalian kewangan. Apa sahaja bentuk pengurusan dan urusniaga pasti akan melibatkan wang dan tugas akauntanlah untuk mengenal pasti serta menyusun segala aliran keluar masuk serta anggaran belanjawan dan penyata belanja agar dapat memudahkan pengurusan menganggar serta membuat tindakan.

Graduan perakaunan boleh menceburkan diri dalam pelbagai cabang seperti juaudit, akauntan kos, akauntan cukai, kerani akaun, penolong akaun dan juru unding. Peluang-peluang kerjaya dan tugas yang terbuka kepada graduan lulusan perakaunan boleh dilihat di sini.


Apakah beza akauntan, penolong akauntan dan kerani akaun?
Untuk menjadi seorang akauntan, ianya memerlukan ijazah sarjana muda dan ke atas. Kerjaya akauntan ini tergolong dalam kategori profesional di mana ianya setaraf dengan kerjaya pemegang ijazah lain sebagai Pegawai Gred A.

Bagi kerjaya penolong akauntan, ia mempunyai skop tugas yang sama dengan Pegawai Akauntan. Perbezaannya adalah kerja-kerja membantu tugas pegawai akauntan. Dari segi kelulusan, penolong akauntan hanya memerlukan setakat diploma sahaja. Diploma yang berkaitan adalah seperti Diploma Pengajian Bank, Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perdagangan atau setaraf.

Jawatan kerani akaun biasanya memerlukan sekurang-kurangnya Sijil Perakaunan. Umumnya, tugas kerani akaun lebih kepada tugas menyediakan kira-kira untuk dilapor kepada penolong akauntan atau pegawai akauntan.


Apakah ciri-ciri peribadi yang sesuai untuk bidang perakaunan?
  1. Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisis, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya.
  2. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menghasilkan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.
  3. Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dalam penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan.
  4. Paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira yang ergantung kepada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka ini memiliki piawaian etika yang sangat tinggi serta berintegriti.
  5. Mereka juga harus minat dalam perniagaan dan perdagangan serta boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa. Ini kerana kerjaya sebagai akauntan mempunyai kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.


Apakah syarat untuk mengikuti pengajian perakaunan?
Pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dari universiti-universiti yang menawarkan pengajian perakaunan di institut mereka.

* Bagi yang berminat dengan kerjaya Akauntan Awam Bertauliah (CPA), mereka yang memiliki Diploma atau Sarjana Muda Perakaunan perlu mengikuti latihan dan peperiksaan profesional yang dianjurkan oleh Persatuan Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MACPA). CPA diiktiraf sebagai satu kerjaya yang tinggi tarafnya dan amat diperlukan dalam sesebuah organisasi sektor awam mahupun swasta.

9 comments:

  1. Thanks kak .post ni sangat membantu . the quotes also hehe , hmm act banyak lagi yg nak ditanya . blh tak tegur sy di ehilmi71@yahoo.com . bertimbun soalan ni . haha . tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf dik. Dh berkurun. Baru perasan ada comment dkt sini. Sorry 😓😓😓

      Delete
  2. salam, kak.
    kalau bkn dr aliran akaun, blh ke apply course accounting ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je. As long awak menepati syarat2 asas yg ditetapkan

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete