Monday, September 21

Universiti Kehidupan



Jika semua yang kita kehendaki terus kita miliki,
Dari mana kita belajar erti IKHLAS ?

Jika semua yang kita impikan segera terwujud,
Dari mana kita belajar erti SABAR ?

Jika setiap doa kita terus dikabulkan,
Dari mana kita belajar erti IKHTIAR ?

Seorang yang dekat dengan Tuhan,
Bukan bererti tidak ada air mata.

Seorang yang taat pada Tuhan,
Bukan bererti tidak ada kekurangan.

Seorang yang tekun berdoa,
Bukan bererti tidak ada masa susah.

Biarlah Tuhan yang berdaulat sepenuhnya atas hidup kita,
Kerana DIA tahu mana yang tepat untuk memberikan yang terbaik.

Ketika kerjamu tidak dihargai,
Maka saat itu kamu sedang belajar erti KETULUSAN.

Ketika usahamu dinilai tidak penting,
Maka saat itu kamu sedang belajar erti KEIKHLASAN.

Ketika hati kamu terluka sangat dalam,
Maka saat itu kamu sedang belajar erti KEMAAFAN.

Ketika kamu letih dan kecewa,
Maka saat itu kamu sedang belajar erti KESUNGGUHAN.

Ketika kamu merasa sepi dan bersedirian,
Maka saat itu kamu sedang belajar erti KETANGGUHAN.

Ketika kamu harus membayar sesuatu yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
Maka saat itu kamu sedang belajar erti KEMURAHAN HATI.

Tetap semangat,
Tetap sabar,
Tetap tersenyum,
Kerana kamu sedang menimba ilmu di 'Universiti Kehidupan'.

Tuhan meletakkan kamu di tempatmu sekarang bukan kerana kebetulan,
Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui kemudahan, kesenangan dan keselesaan,
Tetapi mereka dibentuk melalui kesukaran, tentangan dan air mata.

( Dipetik dari buku 'Sepatu Dahlan Iskan' )


No comments:

Post a Comment